Nota

SAINS
Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Dalam bab ini kita akan mempelajari tentang persekitaran kita dengan mengenal pasti benda-benda yang ada di sekeliling kita. Benda-benda di sekeliling kita boleh dikelaskan kepada 2 bahagian iaitu benda hidup dan benda bukan hidup. Contoh benda hidup ialah haiwan, manusia dan tumbuhan. Contoh bagi benda bukan hidup pula ialah batu, buku, pensil dan roti.
Unit ini mempunyai hanya satu bahagian iaitu:
  • Memahami Ciri Benda Hidup dan Bukan Hidup
  • Ciri Benda Hidup

    Topik 1.1 Memahami Ciri Benda Hidup dan Bukan Hidup


    Pengenalan
    Di persekitaran kita, terdapat dua jenis benda iaitu benda hidup dan benda bukan hidup. Benda hidup dan bukan hidup boleh dikelaskan dengan membuat pemerhatian ke atas ciri-ciri tertentu seperti bernafas, membiak, dan bergerak. Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang ciri-ciri benda hidup dan bukan hidup.

    Objektif pembelajaran:
    Di akhir pembelajaran pelajar akan mampu:
      1. Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

    Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup?
    Terdapat pelbagai benda hidup dan benda bukan hidup dalam persekitaran kita. Tetapi, adakah kita tahu bagaimana hendak mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup? 

    Contoh benda hidup


    Secara amnya, benda hidup boleh dibahagikan kepada tiga seperti dalam rajah berikut.


    Contoh benda bukan hidup



    Cuba lihat gambarajah di bawah dan kenal pasti yang manakah benda hidup dan benda bukan hidup.

     

    Topik 1.2 Ciri Benda Hidup

    Benda hidup mempunyai ciri-ciri tertentu yang tiada pada benda bukan hidup. Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang ciri-ciri benda hidup.
    Objektif pembelajaran:
    Di akhir pembelajaran pelajar akan mampu:
    • Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu: perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
    • Membuat pemerhatian.

    Lihat di sekeliling kita dan kenalpasti benda hidup berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan. Berikut merupakan antara pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan ciri-ciri tersebut.







9 comments:

  1. Nota cikgu ringkas,padat dan menarik, amat sesuai untuk murid mengulangkaji!

    ReplyDelete
  2. banyak bagus!!!!nota yang disediakan jelas dan mudah difahami oleh murid~

    ReplyDelete
  3. Nota yang bagus, terang, jelas dan mudah difahami. Tahniah cikgu...Boleh beri tunjuk ajar!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas pujian dan galakan yang diberi oleh tuan-tuan dan puan-puan. Kami belajarlah bersama-sama. Harap cikgu-cikgu, ibu bapa anak murid saya atau sesiapa yang sudi mengunjungi blog ini memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  5. gambar yang menarik perhatian, saya rasa murid-murid mesti belajar dengan seronok dan banyak mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  6. Taniah,Siew Peng.Kamu telah berjaya menghasilkan blog yang amat berguna dan menarik kepada murid-murid.

    ReplyDelete
  7. tahniah..blog pembelajaran yang menarik

    ReplyDelete
  8. very good, this is for standard 1 right?

    ReplyDelete