SAINS
Dalam
bab ini kita akan mempelajari tentang persekitaran kita dengan mengenal
pasti benda-benda yang ada di sekeliling kita. Benda-benda di
sekeliling kita boleh dikelaskan kepada 2 bahagian iaitu benda hidup dan
benda bukan hidup. Contoh benda hidup ialah haiwan, manusia dan
tumbuhan. Contoh bagi benda bukan hidup pula ialah batu, buku, pensil
dan roti.
Unit ini mempunyai hanya satu bahagian iaitu:
- Memahami Ciri Benda Hidup dan Bukan Hidup
- Ciri Benda Hidup
Topik 1.1 Memahami Ciri Benda Hidup dan Bukan Hidup
PengenalanDi persekitaran kita, terdapat dua jenis benda iaitu benda hidup dan benda bukan hidup. Benda hidup dan bukan hidup boleh dikelaskan dengan membuat pemerhatian ke atas ciri-ciri tertentu seperti bernafas, membiak, dan bergerak. Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang ciri-ciri benda hidup dan bukan hidup.Objektif pembelajaran:Di akhir pembelajaran pelajar akan mampu:1. Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup?Terdapat pelbagai benda hidup dan benda bukan hidup dalam persekitaran kita. Tetapi, adakah kita tahu bagaimana hendak mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup?Secara amnya, benda hidup boleh dibahagikan kepada tiga seperti dalam rajah berikut.Contoh benda bukan hidupCuba lihat gambarajah di bawah dan kenal pasti yang manakah benda hidup dan benda bukan hidup.Topik 1.2 Ciri Benda Hidup
Benda hidup mempunyai ciri-ciri tertentu yang tiada pada benda bukan hidup. Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang ciri-ciri benda hidup.Objektif pembelajaran:Di akhir pembelajaran pelajar akan mampu:- Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu: perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
- Membuat pemerhatian.
Nota cikgu ringkas,padat dan menarik, amat sesuai untuk murid mengulangkaji!
ReplyDeletebanyak bagus!!!!nota yang disediakan jelas dan mudah difahami oleh murid~
ReplyDeleteNota yang bagus, terang, jelas dan mudah difahami. Tahniah cikgu...Boleh beri tunjuk ajar!
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian dan galakan yang diberi oleh tuan-tuan dan puan-puan. Kami belajarlah bersama-sama. Harap cikgu-cikgu, ibu bapa anak murid saya atau sesiapa yang sudi mengunjungi blog ini memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekian terima kasih.
ReplyDeletegambar yang menarik perhatian, saya rasa murid-murid mesti belajar dengan seronok dan banyak mendapat manfaat.
ReplyDeleteTaniah,Siew Peng.Kamu telah berjaya menghasilkan blog yang amat berguna dan menarik kepada murid-murid.
ReplyDeleteringkas dan mudah faham .
ReplyDeletetahniah..blog pembelajaran yang menarik
ReplyDeletevery good, this is for standard 1 right?
ReplyDelete